Iklan Top

Top message

Iklan 468X60 dan Javascript Iklan bawah post

Saturday, May 26, 2012

Kalau berbangsa melayu tapi berfahaman komunis macamana?


Isu pasai orang bukan melayu jadi PM nampaknya belum reda, isu yang cukup popular menjelang pilihanraya umum. Isu ni timbul balik bila "Karpal Singh buang tebiat" keluarkan kenyataan bola tanggung berkenaan isu ni.

Tak cukup dengan sekadar kenyataan dari Ust Ahmad Yakub Timbalan Ketua Dewan Ulama', Naib Presiden Umno si Zahid Hamidi masih lagi minta PAS bagi respond berkenaan kenyataan Karpal Singh tu.

Mungkin kut Zahid tak rasa kenyataan dari Timbalan Ketua Dewan Ulama' PAS tu cukup kuat untuk mewakili suara PAS, padahal PAS dah lama jawab isu ni dan jawapan PAS tetap sama.

Hari ni TG Nik Aziz keluarkan satu kenyataan atau lebih tepat lagi, ulang kenyataan berkenaan isu ni.

Ujian buatmu saudaraku - Teksi di hancurkan


Oleh: Aku OKU.

Pada jam lebih kurang 1.45 hingga 2.00 pagi, 23 Mei 2012, sahabat saya Jamaludin Rahman seperti biasa ingin datang ke rumah saya untuk menumpang melelapkan matanya, setelah penat seharian membawa teksi untuk mencari pendapatan bagi menafkahi keluarganya dan juga perjuangannya.

Ketika teksi beliau mula memasuki Flat PPR Laksamana tempat tinggal saya, sebuah motor di pandu oleh pemandu mabuk (berbangsa India) telah terlanggar bahagian hadapan teksi berkenaan. Saudara Jamal turun dari kenderaannya untuk bertanyakan jika ada apa-apa yang perlu dibantu kepada pemandu motor yang melanggari teksinya.

Namun dalam keadaan mabuk, pemandu itu naik angin dan memarahi sahabat saya Jamal dan memanggil rakan-rakannya yang duduk berhampiran 'port mabuk' mereka. Setelah menyedari mereka ingin memukul beliau, Jamal telah melarikan diri ke arah jalan raya, sedang mereka terus mengejar seperti Jamal melakukan jenayah besar.  

Bukti sokongan padu orang cina Johor kepada Salahuddin Ayub


Sebelum ni mungkin ramai yang sikit prejudis bila ada yang kata sokongan masyarakat cina di Johor cukup tinggi sampai ada yang kata melebihi 90%.

Sokongan tu bukan setakat untuk DAP tapi juga parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat termasuk PAS.

Buktinya dalam majis makan malam bersama Salahuddin Ayub di Restoran Pekin Sutera di Gelang Patah kehadiran dari masyarakat cina sangat-sangat menggalakkan, lebih 1600 yang hadir.

Bagi yang tak pernah terlibat buat program dengan masyarakat cina mungkin anggap angka 1600 tu kecil tapi bagi yang biasa terlibat menganjurkan program dengan masyarakat cina angka 1600 tu sebenarnya cukup besar, tambah-tambah lagi kalau dikawasan pekan.

Friday, May 25, 2012

PAS akan jadi MB di 4 negeri selepas PRU13?


Lepas PRU13 nanti, nampak gayanya ada peluang untuk PAS jadi Menteri besar di empat buah negeri. Selain dari Kelantan dan Kedah yang tentunya insyaallah PAS akan mampu pertahankan ada dua lagi negeri yang Pakatan Rakyat berpeluang untuk tumpaskan Umno BN yang berkemungkinan besar PAS yang akan jadi Menteri Besar dan satu negeri lagi mungkin PKR akan jadi Menteri Besar.

3 negeri tu kalau ikut kata Mat Sabu adalah Perak, Johor dan Negeri Sembilan dengan besar kemungkinannya Hj Nizar Jamaluddin akan jadi  Menteri Besar di Perak dan Salahuddin Ayub akan jadi Menteri Besar di Johor manakala di negeri Sembilan kemungkinan besarnya Kamarul Baharin dari PKR yang akan Menteri Besar.    

Iklan bawah posting

Komen terkini